Parut yang serius dan ketara boleh menyebabkan keresahan bagi kebanyakan orang. Kadang-kala, parut boleh menyebabkan kesakitan yang perit, kegatalan dan juga menghadkan pergerakan.
Terdapat pelbagai cara untuk menangani parut yang terbentuk. Rawatan menggunakan gel silikon terbukti berkesan secara klinikal. Ini adalah rawatan parut pilihan pertama oleh pakar seluruh dunia.
Terdapat beberapa jenis parut yang sering ditemui iaitu:
- Keloid. Ia merupakan parut yang kelihatan timbul, akibat proses penyembuhan yang terlalu agresif. Ia akan terbentuk melebihi sempadan kecederaan asal.
- Parut kontraktur. Sekiranya kulit anda melecur, parut kontraktur mungkin akan terbentuk.. Parut kontraktur akan menarik dan mengetatkan kulit, yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk bergerak.
- Parut hipertrofik. Parut jenis ini kelihatan timbul dan kemerahan. Ia mungkin kelihatan seperti keloid tetapi ia tidak terbentuk melebihi kecederaan asal.
- Parut akne adalah parut dan tanda bekas pembentukan akne atau jerawat. Ia mungkin berlekuk dan kelihatan seperti berlubang atau kelihatan bersimpang-siur, atau berombak. Bekas jerawat ini juga boleh kelihatan sebagai tanda dan tompok gelap.
- Bersihkan luka baharu dengan sabun lembut dan air. Gunakan kain balutan luka yang bersih.
- Hindari dari terdedah kepada cahaya matahari.
- Penggunaan gel silikon adalah digalakkan bagi parut tertimbul dan keloid.
- Mencuci menggunakan sabun atau ejen pencuci yang keras dan menghakis.
- Menyentuh terlalu kerap dan mengganggu proses penyembuhan luka.
- Menggunakan krim dan minyak yang boleh menyelaputi kulit dan menyebabkan keradangan.
Dermatix® Ultra merupakan rawatan parut berasaskan gel silikon yang terbukti secara klinikal dapat mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut pembedahan. Gel silikon merupakan terapi tahap pertama yang disarankan oleh doktor untuk rawatan parut. Bagi parut yang serius/pembedahan, gunakan Dermatix® Ultra selama 6 bulan atau lebih lama, sehingga anda dapat melihat pemulihan parut.
Dermatix® Ultra boleh didapati dalam tiub 15g.
Sapu dan urutkan Dermatix® Ultra keatas kulit yang bersih dan kering sehingga terserap sepenuhnya, dua kali setiap hari pada bahagian yang terjejas – sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum tidur – Seterusnya, ia boleh dilitupi oleh pelindung matahari dan alat solek.
Ya, Dermatix® Ultra sesuai untuk kegunaan harian dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rutin solekan anda.
Dermatix® Ultra dan Dermatix® Advance dirumus bagi merawat pelbagai jenis parut yang berbeza.
Dermatix® Advance adalah khas untuk parut biasa seperti luka, jatuh, lelasan, lecuran dan gigitan serangga, manakala Dermatix® Ultra pula dirumus khusus untuk parut pembedahan seperti pembedahan Caesar dan lain-lain parut selepas pembedahan.
Kedua-dua produk boleh didapati di farmasi dan hospital terkemuka.
Dermatix® Ultra boleh digunakan sebaik sahaja luka pembedahan anda telah tertutup dan kering.
Kami menyarankan agar anda berunding dengan doktor/pakar ginekologi anda sekiranya anda ingin menggunakan produk ini dalam keadaan diatas.
Vitamin C berkesan untuk mencerahkan pigmentasi berlebihan dan melindungi kulit daripada UVA dan UVB.
Dermatix® Ultra mengandungi ester Vitamin C. Ia adalah Pro Vitamin C dalam bentuk lipid aktif yang baharu, yang memastikan kestabilan dan penembusan ke dalam kulit yang lebih baik. Ia juga mempunyai PH neutral maka ia tidak menyebabkan kerengsaan kepada kulit.
Setitik gel Dermatix® Ultra bersaiz kacang pis memadai untuk meliputi parut sebesar 6 inci. Tiub bersaiz 15g Dermatix® Ultra boleh bertahan selama 2 bulan apabila disapukan 2 kali sehari.
Dermatix® Ultra bertindak dengan baik keatas parut yang berusia kurang daripada 2 tahun. Ia juga mungkin berkesan keatas parut lebih lama, selagi masih kelihatan proses penyembuhan seperti kemerahan, kegatalan, kerengsaan atau pertumbuhan berterusan parut tersebut.
Dermatix® Acne Scar merupakan formula rawatan parut jerawat terkini oleh pakar dermatologi di Eropah untuk memperbaiki parut jerawat dan penampilan parut jerawat baharu dan lama. Dengan bahan aktif seperti perangsang kecantikan niasinamid ActivGCS dan ekstrak siput, Dermatix® Acne scar direka khas untuk memperbaiki kulit berminyak, berjeragat dan mudah berjerawat.
Dengan penggunaan berterusan, gel ini membantu mencerahkan tanda dan tompok gelap, dan melembutkan serta melicinkan kulit dengan kesan primer.
Dermatix® Acne Scar boleh didapati dalam tiub 7g.
Sapu dan ratakan Dermatix® Acne Scar keatas kulit yang bersih dan kering sehingga terserap sepenuhnya dua kali setiap hari pada bahagian yang terjejas – sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum tidur – Seterusnya, ia boleh dilitupi oleh pelindung matahari dan solekan.
Ya, Dermatix® Acne Scar sesuai untuk kegunaan harian untuk kulit bersih tanpa jerawat dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada rutin solekan.
Dermatix® Advance direka khas untuk parut harian biasa seperti luka, jatuh, lelasan, lecuran, kemalangan, calar dan gigitan serangga. Ia berkesan untuk parut yang tertimbul seperti parut hipertrofik dan keloid.
Dermatix® Acne Scar dirumus khas untuk memperbaiki kulit berjerawat dan rupa parut jerawat yang lama dan baharu. Mengandungi bahan anti-oksida dan ActivGCS, ia membantu mencerahkan tanda gelap dan tompok serta melembapkan dan melicinkan kulit dan sesuai dijadikan sebagai lapisan dasar.
Elakkan penggunaan Dermatix® Acne Scar pada luka terbuka. Dermatix® Acne Scar lebih berkesan digunakan sebaik sahaja luka jerawat sembuh dan tertutup.
Kami mengesyorkan bahawa anda berunding dengan doktor/pakar sakit puan anda jika anda ingin menggunakan produk ini dalam keadaan sedemikian.
Dermatix® Advance adalah satu formula parut gel silikon terkini yang telah terbukti secara klinikal untuk mencerah, melembut dan meratakan parut.
Dermatix® Advance amat berkesan bagi parut yang timbul (iaitu parut hipertrofik dan keloid yang berusia tidak melebihi 2 tahun), selepas luka tersebut sembuh dan tertutup. Ia juga sesuai untuk keloid, parut kesan melecur, parut lelasan, parut di muka, parut kesan luka atau jatuh dan gigitan serangga.
Parut yang terbentuk boleh menjadi besar, tebal, kering dan tertimbul keluar. Ia juga boleh tampil kehitaman atau kemerahan serta gatal atau sakit. Sebilangan besar kajian telah membuktikan bahawa Dermatix® Advance berkesan untuk rawatan parut. Walau bagaimanapun, ia tidak dicadangkan untuk rawatan parut yang terbenam, misalnya yang berpunca daripada jerawat atau cacar air (chickenpox).
Mulakan penggunaan Dermatix® Advance apabila luka tersebut telah kering, setelah kuping tertanggal.
Dermatix® Advance bertindak dengan baik keatas parut yang berusia kurang daripada 2 tahun. Ia juga mungkin berkesan keatas parut lebih lama, selagi masih kelihatan proses penyembuhan seperti kemerahan, kegatalan, kerengsaan atau pertumbuhan berterusan parut tersebut.
Dermatix® Advance pantas dan mudah untuk digunakan. Anda akan dapat melihat perubahan sekiranya anda mematuhi arahan penggunaan yang betul seperti di bawah. Anda hanya perlu menggunakan amaun yang sedikit sahaja sekiranya anda mengikuti langkah berikut:
- Cuci bahagian kulit yang terlibat dengan sabun lembut dan air. Lap hingga kering.
- Letakkan sedikit gel pada bahagian hujung parut dan sapukan dengan tipis pada seluruh kawasan parut. Setitik gel bersaiz biji kacang memadai untuk meliputi parut sebesar 6 inci.
- Biarkan kering selama 1-2 minit. Setelah kering, Dermatix® Advance boleh dilitupi dengan solekan atau krim pelindung cahaya matahari.
Gunakan Dermatix® Advance 2 kali sehari.
Dermatix® Advance mengandungi ester Vitamin C. Ia adalah Pro Vitamin C dalam bentuk lipid aktif yang baharu, yang memastikan kestabilan dan penembusan kulit yang lebih baik. Ia juga mempunyai PH neutral maka ia tidak menyebabkan kerengsaan kepada kulit.
Pada awalnya, keadaan parut mula beransur baik selepas penggunaan berterusan selama 8-12 minggu. Untuk parut yang lebih teruk/besar, gunakan Dermatix® Advance selama 3-6 bulan atau sehingga anda dapat melihat kesan yang memuaskan.
Setitik gel Dermatix® Advance bersaiz kacang pis memadai untuk meliputi parut sebesar 6 inci. Tiub bersaiz 9g Dermatix® Advance boleh bertahan selama 6 minggu manakala tiub bersaiz 15g boleh bertahan selama 2 bulan apabila digunakan 2 kali sehari.
Ia boleh didapati dalam saiz 9g dan 15g.
Ya, Dermatix® Ultra tidak menembusi kulit atau atau ke saluran darah jadi ia adalah selamat untuk ibu menyusu. Namun begitu, jika anda menggunakan Dermatix® Ultra di bahagian dada, anda harus membersihkan gel sebelum menyusu supaya bayi anda tidak tertelan gel dengan tidak sengaja.
Ya, Dermatix® Ultra selamat digunakan pada bibir, tetapi tidak di dalam mulut.8
Ya, tetapi anda harus berhati-hati supaya gel tidak memasuki mata dan anda mungkin dapat merasa sedikit kepedihan yang sementara dan tidak merbahaya.
Mata anda mungkin akan pedih buat sementara waktu, tetapi tiada kesan berpanjangan yang merbahaya. Cuci mata anda menggunakan larutan salin untuk menghilangkan kepedihan.
Ya, Dermatix® Ultra selamat digunakan untuk kulit sensitif dan mudah mendapat alergi. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai penyakit kulit, sila berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan Dermatix® Ultra.
Dermatix® Ultra sesuai digunakan untuk parut pembedahan, parut pembedahan Caesar, keloid, parut melecur, parut melecet, parut wajah, parut akibat luka, terjatuh dan gigitan serangga. Sapukan dua kali sehari dan anda akan mula melihat perubahan selepas 8 hingga 12 minggu dengan penggunaan berterusan. Untuk parut yang lebih besar, gunakan Dermatix® Ultra untuk 6 bulan atau lebih, sehingga anda dapat melihat sepenuhnya pembaikan parut.
Teknologi CPX Dermatix® Ultra mengembalikan fungsi penghalang kulit, mengurangkan kehilangan air daripada kulit dan menormalkan penghasilan kolagen, serta mengurangkan ketebalan parut11.
Dermatix® Ultra juga mengandungi Ester Vitamin C terbaharu yang melindungi daripada UVA/B dan telah terbukti mencerahkan pigmentasi berlebihan1, 5.
- Mudah digunakan
- Gel lutsinar, tanpa pewangi
- Kosmetik boleh digunakan melitupi Dermatix® setelah ia kering
- Mudah disapukan - tidak menyakitkan
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Selamat untuk kegunaan kanak-kanak
- Akan kering menjadi lapisan yang tidak kelihatan
- Boleh digunakan untuk parut baharu dan lama
- Memberikan perlindungan elastik12
- Penggunaan dua kali sehari
- Ideal untuk permukaan kulit/parut tidak sekata, bahagian bergerak, sendi, wajah
- Persentuhan secara langsung dan berterusan dengan kulit akan memperbaiki pengurusan parut
- Tiada maserasi10
Secara purata, satu tiub 15g Dermatix® Ultra boleh digunakan selama 2 bulan untuk parut 6-inci.
Selepas dibuka, Dermatix® Ultra selamat untuk digunakan sehingga tarikh luput.
Simpan tiub anda jauh daripada sumber haba, pada suhu di bawah 25C.
Dermatix® Ultra diperbuat di Amerika Syarikat dan mendapat kelulusan FDA, oleh itu kualiti kami adalah terjamin berbanding produk lain yang diperbuat di Asia Tenggara. Dermatix® Ultra juga mengandungi teknologi CPX inovatif dan Ester Vitamin C, dan diuji dengan meluas untuk memastikan ia melapisi dan menutup dengan baik. Rawatan parut lain yang lebih murah juga mungkin menggunakan ekstrak bawang, yang tidak terbukti secara klinikal berkesan untuk mengurangkan parut, dan menyebabkan kegatalan dengan penggunaan berpanjangan.13.
Klik sahaja Dapatkan untuk membeli Dermatix® Ultra
Dermatix Ultra diperbuat di Amerika Syarikat dan mendapat kelulusan FDA.
Dermatix Ultra mengandungi teknologi CPX dan Ester Vitamin C, yang telah terbukti secara klinikal berkesan memudarkan parut. Berbeza dengan rawatan gel silikon lain, Dermatix Ultra juga cepat kering dan kulit akan terasa lembut dan ringan, serta membolehkan anda menggunakan kosmetik untuk melitupinya. Kebanyakan rawatan parut lain juga mengandungi ekstrak bawang, yang buat masa ini masih tiada data kajian yang mengesahkan keberkesanannya.
Luka dan parut mempunyai proses pemulihan yang berlainan, dan memerlukan rawatan yang berbeza.
Ya, Dermatix® Ultra boleh dibeli di kaunter sahaja.
Dermatix Ultra merupakan formulasi yang dipertingkatkan, mengandungi teknologi silikon CPX dan Ester Vitamin C untuk merawat parut yang serius seperi parut pembedahan
Dermatix® Advance digunakan bagi parut yang timbul dan bukan parut terbenam. Bagi parut sedemikian, misalnya parut jerawat, kami menyarankan Dermatix® Acne Scar.
Dermatix® Advance membantu mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut 2,3,4. Sekiranya parut anda rata tetapi gelap, Dermatix® Advance mengandungi Ester Vitamin C terkini yang melindungi daripada UVA/B dan membantu mencerahkan parut anda1,5.
Ya, Dermatix® Advance berkesan untuk mencerahkan, melembutkan dan meratakan parut melecur.
Dermatix® Advance memberikan kesan terbaik pada parut timbul (parut hipertrofik atau keloid kurang daripada 2 tahun), selepas luka sembuh dan tertutup. Ia sesuai untuk keloid, parut melecur, parut melecet, parut wajah, parut luka, terjatuh dan gigitan serangga.
Parut-parut seperti ini mungkin menjadi besar, tebal, kering dan tertimbul. Ia juga mungkin kelihatan gelap atau merah, dan gatal atau menyakitkan.
Dermatix® Advance terbukti berkesan bagi rawatan parut di dalam begitu banyak kajian. Namun begitu, ia tidak sesuai digunakan bagi parut terbenam, seperti parut jerawat atau cacar air (chickenpox).
Dermatix® Advance memberikan kesan yang lebih baik keatas parut berusia kurang daripada 2 tahun. Ia mungkin berkesan bagi parut yang lebih lama, asalkan masih ada tanda penyembuhan seperti kemerahan, kegatalan, iritasi atau pertumbuhan parut yang berterusan.
Perubahan awal dapat dilihat selepas 8-12 minggu penggunaan berterusan Dermatix Advance. Bagi parut major/besar, gunakan Dermatix® Advance selama 3-6 bulan atau lebih lama sehingga anda dapat melihat perubahan ketara pada parut anda.
Dermatix® Ultra memberikan kesan lebih baik bagi parut berusia kurang daripada 2 tahun. Ia mungkin berkesan bagi parut yang lebih lama, asalkan masih ada tanda penyembuhan seperti kemerahan, kegatalan, iritasi atau pertumbuhan parut yang berterusan.
Tiada kajian pernah dilakukan mengenai keberkesanan Dermatix® Advance bagi pengurangan stretch mark.
Kaedah pembedahan atau tanpa pembedahan seperti penggunaan kortikosteroid, cryotherapy, laser boleh digunakan untuk keloid. Selepas pembedahan, rawatan pencegahan parut harus dimulakan dan Dermatix® Advance boleh dipertimbangkan sebagai terapi garis-pertama6.
Bagi parut jerawat, kami menyarankan Dermatix® Acne Scar untuk mencerahkan tompok gelap, tanda dan parut.
Ya, Dermatix® Advance boleh membantu mencerahkan, meratakan dan melembutkan parut Caesar anda2,3,4. Untuk hasil terbaik, rawatan menggunakan Dermatix® Advance harus dimulakan sebaik sahaja insisi anda sembuh dan jahitan ditanggalkan, biasanya 10-14 hari selepas pembedahan. Sekiranya parut Caesar anda sudah lama, anda mungkin dapat melihat keberkesanan yang terhad.
Parut tidak mungkin dapat hilang 100%, tetapi Dermatix® Ultra mempunyai kadar kejayaan sebanyak 85% di dalam melembutkan dan memudarkan parut tertimbul4,7. Untuk hasil terbaik, mulakan penggunaan Dermatix® Ultra dua kali sehari, sebaik sahaja luka anda sembuh dan tertutup.
Setelah luka kering dan tidak lagi mengeluarkan nanah atau cecair kuning, anda boleh menggunakan Dermatix® Advance bagi parut tersebut
Ujian klinikal telah menunjukkan bahawa gel silikon seperti Dermatix® Ultra and Advance memberikan hasil pengurangan parut yang sama atau lebih baik berbanding helaian gel silikon dan lebih mudah untuk digunakan serta kurang menyusahkan atau menyebabkan iritasi3.
Dermatix® Advance berkesan bagi parut tertimbul disebabkan pelbagai situasi termasuk gigitan serangga, dan Dermatix® Advance juga boleh mengurangkan ketegangan dan kegatalan3. Anda hanya perlu menyapukan sedikit Dermatix® Advance kepada parut gigitan tersebut.
Penggunaan Dermatix® Advance adalah mudah dan pantas. Anda akan dapat melihat perubahan pada parut anda jika anda menurut dengan tekun arahan yang betul. Anda tidak perlu menggunakan gel yang banyak sekiranya anda mengikuti langkah-langkah berikut:
Bersihkan kawasan terlibat dengan sabun lembut dan air.
Keringkan dengan lembut. Sapukan amaun sebesar kacang pis di hujung parut dan dengan lembut ratakan menjadi lapisan nipis ke seluruh kawasan terlibat. Amaun yang kecil ini memadai untuk melitupi parut bersaiz 6-inci.
Biarkan kering selama 1-2 minit. Setelah kering, Dermatix® Advance boleh dilitupi dengan alat solek atau pelindung cahaya matahari. Sapukan Dermatix® Advance dua kali sehari.
Gunakan Dermatix® Ultra sebaik sahaja luka pembedahan anda telah tertutup dan kering.
Dermatix® Ultra hanya boleh digunakan pada kulit yang kering dan utuh. Sila pastikan luka anda telah sembuh sebelum memulakan rawatan dengan Dermatix Ultra. Penggunaan adalah seperti berikut:
Bersihkan kawasan terlibat dengan sabun lembut dan air.
Keringkan dengan lembut. Sapukan amaun sebesar kacang pis di hujung parut dan dengan lembut ratakan menjadi lapisan nipis ke seluruh kawasan terlibat. Amaun ini nemadai untuk melitupi parut bersaiz 6-inci. Amaun yang lebih tidak akan meningkatkan keberkesanannya jadi elakkan menggunakan terlalu banyak.
Biarkan kering selama 1-2 minit. Setelah kering, Dermatix® Ultra boleh dilitupi dengan alat solek atau pelindung cahaya matahari1.
Selepas membersihkan kulit anda, anda boleh menggunakan Dermatix® Ultra sebelum memulakan rutin penjagaan kulit anda1.
Ya, selepas menggunakan Dermatix® Advance Advance untuk parut anda, anda boleh dengan bebas menggunakan pelindung cahaya matahari atau alat solek melitupi bahagian tersebut1.
Tiada kajian pernah dilakukan mengenai penggunaan Dermatix® Ultra bersama kunyit.
Dermatix® Ultra tidak perlu digunakan bersama helaian silikon kerana kedua rawatan membantu pengurangan parut menggunakan mekanisme yang hampir serupa. Namun begitu, sebagai gel, Dermatix® Ultra lebih mudah disapukan berterusan dan tidak akan menyebabkan ketidakselesaan seperti helaian silikon.
Teknologi silikon CPX (siklopentasiloksan) kami memberikan Dermatix® Ultra keupayaan sapuan yang hebat, ciri cepat kering, ketahanan yang diperbaiki dan tidak mudah dicuci1
- Dermatix® Advance hanya untuk kegunaan luaran.
- • Elakkan terkena mata, membran mukus, lecuran darjah ke-3 dan luka yang terbuka1.
- Dermatix tidak harus disapukan keatas persediaan antibiotik atau rawatan atau produk kulit lain1.
- Jangan dedahkan parut kepada suhu atau cahaya matahari yang keterlaluan1.
- Elakkan pakaian ketat kerana ia mungkin menyebabkan iritasi atau mencederakan tisu parut1.
- Berhati-hati sewaktu senaman regangan yang mungkin akan memberi kesan kepada kulit parut yang sensitif1.
- Dermatix mungkin akan meninggalkan tanda pada pakaian sekiranya ia belum kering sepenuhnya.
- Jauhkan daripada kanak-kanak1.
Sila berbincang dengan doktor anda jika anda mahu menggunakan Dermatix® Ultra sewaktu hamil. Tiada maklumat yang mencukupi mengenai keselamatan penggunaan produk ini sewaktu hamil
Ya, Dermatix® Ultra boleh ditinggalkan semalaman.
Tidak, kami tidak menyarankan penggunaan ubat lain di bawah Dermatix® Ultra, dan sebarang ubat yang disapukan melitupi Dermatix® Ultra tidak akan berkesan kerana Dermatix® Ultra membentuk penghalang, dan akan menghalang ubat lain melepasinya.
Rawatan Dermatix® Ultra harus dimulakan hanya selepas luka telah tertutup, tidak lagi berdarah, dan jahitan telah ditanggalkan. Sebagai rujukan, biasanya anda boleh mula menggunakan Dermatix Ultra 1 hari selepas luka kecil, 3 hari selepas lecuran ringan, 7 hingga 10 hari selepas luka yang dalam, 7 hari selepas pembedahan wajah atau kelopak mata, dan 10 hingga 14 hari selepas pembedahan major9.
Jangan sapukan Dermatix® Ultra Ultra pada luka yang terbuka kerana ia akan mengganggu proses penyembuhan semula jadi luka tersebut. Dermatix Ultra adalah produk pengurangan parut dan bukannya produk penyembuhan luka.
Produk Dermatix® tidak menunjukkan kontraindikasi untuk kegunaan bayi atau kanak-kanak. Terdapat kajian di mana produk Dermatix® telah digunakan pada bayi tanpa sebarang kesan merbahaya10. Sila berhati-hati untuk mengelakkan anak anda daripada tertelan gel tersebut.
Ya, Dermatix® Ultra tidak memasuki saluran darah jadi ia selamat untuk digunakan bersama ubat oral lain.
Sekiranya anda mempunyai alergi terhadap gel silikon, anda harus mengelak daripada menggunakan produk Dermatix® dan persediaan gel silikon lain kerana ia akan menyebabkan kemerahan, kegatalan dan iritasi.
Ya, Dermatix® Ultra tidak menembusi kulit atau atau ke saluran darah jadi ia adalah selamat untuk ibu menyusu. Namun begitu, jika anda menggunakan Dermatix® Ultra di bahagian dada, anda harus membersihkan gel sebelum menyusu supaya bayi anda tidak tertelan gel dengan tidak sengaja.
Berdasarkan kajian, tidak sepatutnya terdapat kesan sampingan seperti iritasi, kemerahan atau kesakitan menggunakan Dermatix® Ultra. . Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan, sila berbincang dengan pakar dermatologi anda serta-merta.1.